MODEL ASAS REKACIPTA
Syukur Alhamdulillah, selama 15 minggu kami telah mengusahakan pembuatan model kumpulan kami yang diberi tema IKS iaitu Industri Kecil dan Sederhana. Kami pada mulanya dikehendaki membuat kajian lapangan untuk mencari masalah-masalah yang timbul oleh pengusaha-pengusaha IKS. Setiap masalah dibentangkan kepada pensyarah dan dibuat perbincangan untuk memilih satu daripada tiga masalah tersebut.
Antara masalah yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:-
i) Masalah pertama; Racun serangga yang tidak dapat mematikan serangga di tempat yang tinggi (Kategori; Pertanian)
ii) Masalah kedua; Memerah santan dengan menggunakan tangan (Kategori; makanan)
iii) Masalah ketiga; Membakar sate secara terbuka dengan menggunakan alat pembakar biasa yang dibakar dengan menggunakan arang (Kategori; makanan)
Kami bertiga memilih masalah kedua iaitu memerah santan dengan menggunakan tangan. Kami telah menciptakan model Alat pemerah santan yang lebih mudah dan cepat serta memiliki ciri-ciri yang sangat baik seperti:-
- Alat yang senang cara penggunaannya serta efektif
- Alat yang diperbuat daripada bahan anti karat
- Saiz alat yang tidak begitu besar di mana alat adalah mudahalih dan tidak memerlukan banyak ruang
- Memiliki lubang-lubang yang halus supaya hampas santan tidak terkeluar dari bekas pemerah santan
Model yang kami telah buat ini adalah dengan menggunakan stainler foam, selama beberapa minggu kami hasilkan, akhirnya model alat pemerah santan siap dihasilkan.
#Kaedah membuat model pemerah santan
1) Mula-mula, bekas pemerah santan dan juga bekas santan dibuat dengan menggunakan cardboard
2) Kaki kedua-dua belah alat dibuat dengan menggunakan stainler foam mengikut bentuk yang telah kami lakarkan
3) Tapak alat dibuat dengan menggunakan board polystrine
4) Handle pemulas kemudian dibuat juga dengan menggunakan board polystrine
5) Bahagian mampatan untuk memerah santan dibuat
6) Kemudian, ulir dibuat dengan menggunkan batang paip yang terbuang
7) Setelah semua bahagian siap dibuat, kesemua bahagian dicantumkan dengan menggunakan jarum peniti supaya setiap bahagian dapat disambung dengan kemas dan kuat.
8) Akhirnya, model alat pemerah santan siap dihasilkan
Antara gambar-gambar semasa kerja-kerja membuat model dilakukan:-
Ini pula adalah gambar hasil kerja kami.
Model Alat Pemerah Santan |
No comments:
Post a Comment