MOHD ZULHAKIF BIN ZAINAL ABIDIN

Friday, 24 May 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 -HARTA INTELEK-


                                             APA ITU HARTA INTELEK?

Maksud Harta Intelek ialah hasil ciptaan minda ataupun idea,rekacipta,karya sastera dan seni,simbol,nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan.

Harta Intelak merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran seseorang yang berlainan hak eksklusif di bawah undang-undang harta intelektual.Pemilik diberi hak eksklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata seperti karya seni,muzik dan juga penulisan dan lain-lain lagi.Jenis biasa hak harta Intelek sperti :



  • Cap Dagangan
  • Paten     
  • Hakcipta (copyright)
  • Petunjuk Geografi.
  • Rekabentuk Perindustrian.
  • Rahsia Perdagangan.             


Paten.

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta samaada produk atau pun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah.

Hak paten diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pecipta atau pereka ciptaan yang memberikan kepadanya hak sepenuhnya untuk membuat,mengguna dan menjual rekaan tersebut untuk satu tempoh masa tertentu biasanya selama 20 tahun dari tarikh penfailan. 

Cap Dagangan.

Cap dagangan adalah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seorang pengeluar untyk mengenal atau membezakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.


Contoh Cap Perdagangan :








Hak Cipta.

Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepda pemilik karya seni dan sastera,rakaman bunyi,muzik,filen dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh masa yang telah ditetapkan.




                             



Petunjuk Geografi

Petunjuk geografi adalah petunjuk yang mengenalpasti dari mana sesuatu barang itu berasal dimana kualiti kerja,reputasi dan lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal dikeluarkan.Sebagai contoh Kentucky Fried Chiken (kfc) berasal dari sebuah tempat Kentucky di United State Amerika.



Reka Bentuk Perindustrian.

Rekabentuk perindustrian adalah ciri atau rupa bentuk,corak atau hiasan dan sebagainya yang digunakan terhadap sesuatu barang melalui apa-apa proses atau pun cara perindustrian yang mana ciri barang yang disiapkan adalah menarik pada pandangan mata manusia.



Rahsia Perdagangan

Rahsia perdagangan adalah maklumat yang terlindung secara amnya tidak diketahui oleh sesiapa mahupun yang tersedia berurusan.Ia mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut disimpan secara rahsia.Contohnya Resepi kelembutan Burger Mc'd yang hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja. 




No comments:

Post a Comment