MOHD ZULHAKIF BIN ZAINAL ABIDIN

Thursday 13 June 2013

PEMBUATAN MODEL ASAS REKACIPTA

ASSALAMUALIKUM W.B.T


MODEL ASAS REKACIPTA

Syukur Alhamdulillah, selama 15 minggu kami telah mengusahakan pembuatan model kumpulan kami yang diberi tema IKS iaitu Industri Kecil dan Sederhana. Kami pada mulanya dikehendaki membuat kajian lapangan untuk mencari masalah-masalah yang timbul oleh pengusaha-pengusaha IKS. Setiap masalah dibentangkan kepada pensyarah dan dibuat perbincangan untuk memilih satu daripada tiga masalah tersebut.
Antara masalah yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:-

i) Masalah pertama; Racun serangga yang tidak dapat mematikan serangga di tempat yang tinggi (Kategori; Pertanian)

ii) Masalah kedua; Memerah santan dengan menggunakan tangan (Kategori; makanan)
iii) Masalah ketiga; Membakar sate secara terbuka dengan menggunakan alat pembakar biasa yang dibakar dengan menggunakan arang (Kategori; makanan)

Kami bertiga memilih masalah kedua iaitu memerah santan dengan menggunakan tangan. Kami telah menciptakan model Alat pemerah santan yang lebih mudah dan cepat serta memiliki ciri-ciri yang sangat baik seperti:-



  •  Alat yang senang cara penggunaannya serta efektif
  •  Alat yang diperbuat daripada bahan anti karat
  •  Saiz alat yang tidak begitu besar di mana alat adalah mudahalih dan tidak memerlukan banyak ruang  
  • Memiliki lubang-lubang yang halus supaya hampas santan tidak terkeluar dari bekas pemerah santan


Model yang kami telah buat ini adalah dengan menggunakan stainler foam, selama beberapa minggu kami hasilkan, akhirnya model alat pemerah santan siap dihasilkan.




#Kaedah membuat model pemerah santan

1) Mula-mula, bekas pemerah santan dan juga bekas santan dibuat dengan menggunakan cardboard

2) Kaki kedua-dua belah alat dibuat dengan menggunakan stainler foam mengikut bentuk yang telah kami lakarkan
3) Tapak alat dibuat dengan menggunakan board polystrine
4) Handle pemulas kemudian dibuat juga dengan menggunakan board polystrine
5) Bahagian mampatan untuk memerah santan dibuat
6) Kemudian, ulir dibuat dengan menggunkan batang paip yang terbuang
7) Setelah semua bahagian siap dibuat, kesemua bahagian dicantumkan dengan menggunakan jarum peniti supaya setiap bahagian dapat disambung dengan kemas dan kuat.
8) Akhirnya, model alat pemerah santan siap dihasilkan

Antara gambar-gambar semasa kerja-kerja membuat model dilakukan:-









Ini pula adalah gambar hasil kerja kami.

Model Alat Pemerah Santan




Friday 24 May 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

 -HARTA INTELEK-


                                             APA ITU HARTA INTELEK?

Maksud Harta Intelek ialah hasil ciptaan minda ataupun idea,rekacipta,karya sastera dan seni,simbol,nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan.

Harta Intelak merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran seseorang yang berlainan hak eksklusif di bawah undang-undang harta intelektual.Pemilik diberi hak eksklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata seperti karya seni,muzik dan juga penulisan dan lain-lain lagi.Jenis biasa hak harta Intelek sperti :



  • Cap Dagangan
  • Paten     
  • Hakcipta (copyright)
  • Petunjuk Geografi.
  • Rekabentuk Perindustrian.
  • Rahsia Perdagangan.             


Paten.

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap sesuatu rekacipta samaada produk atau pun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu atau penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah.

Hak paten diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pecipta atau pereka ciptaan yang memberikan kepadanya hak sepenuhnya untuk membuat,mengguna dan menjual rekaan tersebut untuk satu tempoh masa tertentu biasanya selama 20 tahun dari tarikh penfailan. 

Cap Dagangan.

Cap dagangan adalah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seorang pengeluar untyk mengenal atau membezakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.


Contoh Cap Perdagangan :








Hak Cipta.

Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepda pemilik karya seni dan sastera,rakaman bunyi,muzik,filen dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh masa yang telah ditetapkan.




                             



Petunjuk Geografi

Petunjuk geografi adalah petunjuk yang mengenalpasti dari mana sesuatu barang itu berasal dimana kualiti kerja,reputasi dan lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal dikeluarkan.Sebagai contoh Kentucky Fried Chiken (kfc) berasal dari sebuah tempat Kentucky di United State Amerika.



Reka Bentuk Perindustrian.

Rekabentuk perindustrian adalah ciri atau rupa bentuk,corak atau hiasan dan sebagainya yang digunakan terhadap sesuatu barang melalui apa-apa proses atau pun cara perindustrian yang mana ciri barang yang disiapkan adalah menarik pada pandangan mata manusia.



Rahsia Perdagangan

Rahsia perdagangan adalah maklumat yang terlindung secara amnya tidak diketahui oleh sesiapa mahupun yang tersedia berurusan.Ia mempunyai nilai komersil kerana maklumat tersebut disimpan secara rahsia.Contohnya Resepi kelembutan Burger Mc'd yang hanya diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja. 




Thursday 21 February 2013


KREATIVITI




                                              APA ITU KREATIVITI? 

Maksud Kreativiti yang boleh ditafsirkan ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta,mewujud & menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui 
kemahiran imaginasi.

Ia melibatkan :

  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

















   














MOCK-UP.

  • Bentuk lebih kurang sama dengan bentuk sebenar sesuatu objek.
  • Dibuat sebelum model atau prototaip di laksanakan.
  • Tanpa ukuran yang sebenar.
  • Bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan,bentuk struktur, saiz,kesesuaian bahan,keselamatan ,penggunaan dan cara pembuatan.


MODEL.


  • Sesuatu yang lebih detail daripada mock-up.
  • Bukan rupa sebenar sesuatu objek.
  • Ianya juga tidak berfungsi.
  • Fungsi pada objek sebenar tersebut seperti button,suis dan sebagainya ditunjukkan pada model tersebut.

Contoh-Contoh Model.


PROTOTAIP.



  • Bentuk yang lebih menarik dihasilkan dan lebih teperinci dari kedua-dua bentuk diatas.
  • Ianya sama seperti objek sebenar.
  • Fungsinya sama dengan objek sebenar tetapi kurang kemasan dan skala yang sebenar.
  • Diperbuat daripada bahan yang sebenar.  



ERGONOMIK DALAM SESUATU PRODUK.



  • Ergonomik berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ergos ( kerja ) dan nomos peraturan.
  • Mula diperkenalkan sewaktu perang dunia ke-2 dimana buat pertama kalinya teknologi dan sains insani diaplikasikan mengikut tatacara dan peraturan yang tersusun.
  • Ia bermaksud rekaan produk ataupun mesin bersesuain dengan fizikal manusia.

Prinsip-Prinsip didalam Ergonomik.
  • Membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja.
  • Jenis peralatan yang mereka gunakan,bagaimana kerja dilakukan.
  • Persekitaran tempat kerja.
  •  


                                                                                            


ANTROPOMETRIK


  • Antropometrik merupakan ciri-ciri geometri manusia seperti berat,ketinggian,jangkauan dan sebagainya dikenali sebagai data antropometrik.
  • Pentingnya antropometrik didalam merekabentuk sesebuah produk contohnya anda perlu meletakkan tombol pintupada ukuran ketinggian tertentu supaya dapat dicapai oleh pengguna dengan selesa dan selamat.  



ATIVITI KELAS MEMBUAT REKABENTUK TETIKUS.

(CLAY & PAPER CLAY)



Clay yang telah dipanaskan

Mock-up Clay (tanah liat)

Mock-up yang dibuat dengan Paper Clay dan Clay

Mock-up  menggunakan Paper Clay

Bentuk tetikus yang telah siap dibentuk.


PRINSIP-PRINSIP ASAS DI DALAM    MEREKABENTUK     
                                                       
  • Boleh Digunakan Oleh Semua.
                        - Ambik kira OKU, masyarakat umum.
                        - Ciri-ciri menarik pada kaca mata pengguna.
                        - Warna,bentuk dan lain-lain.

  • Flexibility Apabila Digunakan.
                        - Cth : Pengguna tangan kidal.
                        - Membenarkan pengguna membiasakan diri dengan
                           penggunaan alat dengan mudah.
                            

  • Mudah Dan Senang Untuk Digunakan.
                        - Penggunaan manual,bahasa dan warna pada produk.
                        - Mengambil kira ergonomik,sociology dan anthropometrics
                           pengguna dan masyarakat setempat.

  • Mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan.
                        - Cth : protective guard pada mesin-mesin pertukangan.
                        - Mengambil kira keselamatan pengguna pada penggunaan

                      alat.


  • Penggunaan tenaga yang minima.
                        - Alat yang dicipta mestilah dapat memperbaiki ataupun  

                                 gerak kerja daripada alat sedia ada.


  • Saiz dan ruang dimana alat digunakan.
                         - Kemudian mengangkat,menyimpan alat mesti diambil kira.


CONTOH LAKARAN BEBAS